Aku ingin menjadi seperti mereka
Yang memperjuangkan kebenaran
Dengan ilmu yang penuh didada
Tanpa membongkok tayang punggung di khalayak ramai
Aku ingin menjadi seperti mereka
Yang sabar menegur pemimpin yang khilaf
Dengan niat yang suci ingin Negara yang aman
Tanpa segan menutup muka lepas menjerit menuntut
kebenaran
Aku ingin jadi seperti mereka
Yang jarang duduk di kerusi empuk
Sebaliknya berpanas bersama rakyat
Dengan impian berjuta agar Negara tenteram
Tanpa perlu diserang FRU dan dikepung abang biru
Aku ingin menjadi seperti mereka
Yang terima semua dugaan tuhan dengan senyuman
Walaupun dibabikan oleh rakyat yang buta
Tanpa membalas dendam terhadap mereka kerana sedar
mereka dibawah tali dajal
Aku ingin menjadi seperti mereka
yang tanpa bosan melaungkan kebenaran
dengan segunung impian agar generasi kemudian akan
sedar
siapa sebenarnya yang tersenyum selepas menipu
rakyat
tanpa terniat penat dan lelah dengan perjuangannya
Aku ingin menjadi mereka
Tapi sanggupkah aku menerima cabaran seperti mereka
Menerima hinaan seperti mereka
Aku bukan siapa siapa yang berani seperti mereka
Yang hanya berani menulis tanpa sanggup menayang
keberanian

