klik jerk


Wednesday, 21 March 2012

CeRiTa U-Ya


      

BAB1 
     Ding dong,jeritan jam dinding jenama Marcial menunjukkan jam 10.00  malam memecah suasana sunyi di rumah banglo itu. Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu jatuh KEDEBUK! “Ya tuhan sakitnya badan! macam mane aku boleh tertidur pulak nie,kan dah terjatuh”ujarnya perlahan,tangan kananya mengosok perlahan pinggangnya  yang terasa sengal, “kena chek doctor nie,mane taw retak,patah pinggang,oit ngeri der……”.gumam Syia halus.Walaupun logiknya jatuh dari ketinggian kurang setengah   ea bukan sejegkal jari itu tidak akan memudaratkanya tetapi perangai gedik Syia menutup kemas pemikiran logikya.Syia mengosok-gosok matanya, “huargh..ngantuk” ujarnya sederana kuat,matanya yang layu melirik jam Marcial itu,jam pemberian sahabat dari Asterdem, “baru pukul 10.00 emm………..
What 10.00 p.m!!!!!!!!!oh lord,nak tido kejap konon,,tengok sampai terlelap”jerit Syia.Pantas Syia bangun menuju ke meja kerjanya lalu mengambil satu file tranfared yang mempunyai kulit belakang berwarna hijau.Digoyang-goyangkan fail itu kekiri dan kanan sambil kakinya melangkah laju kearah dapur,sampai di pintu dapur, “gelap”bisik Syia.Kakinya melangkah hadapan dan badanya bergerak kekiri dan perlhan-lahan kakinya menapak  1,2,3,4,5,  TAP bunyi suis dipetik Syia.Bibirnya mengukir senyuman halus.Terasa tekaknya berpasir,lalu Syia menuju kearah peti ais kesayanganya yang berwarna silver itu lalu membukanya.Matanya memerhati susunan kotak air jus dan karbonat,matanya tertarik dengan jus orange dan semagkuk buah epal yang sudah dibelah empat.Tanganya mengambil jus orange dan magkuk epal itu,lalu menggunakan kaki untuk menutup kembali pintu peti aisnya itu.Diletakkan mangkuk berisi epal dan jus itu di atas kaunter dapur,file yang dipegang tangan kirinya diletakkan di sebelahnya.Syia membelakangkan kaunter dapur itu lalu menggunakan kedua-dua tanganya untuk mengangkat badanya yang kecil dan dia duduk disitu,diangkat kedua-dua kakinya dan mula bersila,kemudian tanganya mengikat kemas rambutnya supaya bertocang ekor kuda.Kaunter dapurnya begitu luas sehinggakan dirinya boleh duduk bersila diatasnya. “Kalau ibu nampak apa yang aku buat nie,mesti dia menjerit”getus hati Syia tangannya pantas mengambil jus dan mengnogak lahap puas jus orange itu lalu diletakkan kembali kesisi.Lalu mengambil file yang dari tadi menyeru-yeru untuk dibaca,dan difahamkan
        Siti Fazura Luqman Aziz,umur  tahun,berat 55 kilogram,tinggi 167 cm. “Lawa jugak budak nie,berlainan sungguh dengan rupanya di pusat pemulihan akhlak An-Nur,gadis yang gemar dipanggil U-ya itu lebih kurus,dan pucat tetapi jelas kebahagian di raut mukanya”getus hatinya .Syia kembali menbaca tetapi dengan suara agak kuat seolah-olah gadis bernama fazura itu berhadapan denganya,SEBAB KESALAHAN: membunuh dengan niat,tertuduh membunuh ayah kandungnya Luqman Aziz 43 tahun pada 13 april 2010 pada pukul 3.00 pagi di rumah mereka.REAKSI TERTUDUH:tertuduh menyatakan dirinya dalam keadaan waras dan tidak dipaksa oleh sesiapa ketika itu.Tertuduh dikatakan tidak dapat menahan kemarahan dan sabar apabila sering dirogol dan akan dipukul apabila enggan mengikuti kemahuan ayah tirinya,menurut tertuduh dan saksi-saksi iaitu jiran-jiran tertuduh,mangsa  merupakan seorang kaki botol dan penagih dadah. “Patut pun kau bunuh dia U-ya”gumam Syia didalam hati.Syia seolah-olah setuju dengan tindakan walaupun dirinya tidak patut memberi ulasan,dirinya sekadar peguambela bukan hakim . U-ya membunuh ayah tirinya,bagi melepaskan diri daripada terus menjadi mangsa nafsu serakah ayah tirinya.Siapa sangka remaja comel itu menyimpan 1001 duka dalam kehidupanya.Syia tidak dapat membayangkan jika dirinya turut mengalami peristiwa dahsyat itu,jiwanya akan memberontak dan mugkin akan membunuh diri. “Ya Allah!,apa aku fikirkan nie,Subahanallah jauhkanlah semua ini dari kehidupan ku Ya Rahim”sayu suara hatinya bersuara.
    1 tahun sebelumya.....
  “Akak jangan tinggalkan U-ya ea,,semua orang yang U-ya sayang semua tinggalkan U-ya,”ujar U-ya perlahan matanya kembali menatap mataku aduh,berkaca-kaca penuh harapan,harapan supaya aku bersetuju dengan kemahuanya dan harapan aku akan membalas ayatnya. “Emmm,so…akak siHEADSTONE nie pown ada orang sayang ea,,,,sukenya,,”aku buat reaksi terharu yang teramat sangat, tersengih sumbing U-ya . “untung ada U-ya nak sayang akak,kalau tak sape lagi nak sayang akak”.bederai ketawa aku, “cakap macam tiada orang yang sayang akak je,adalah yang sayang akak,Puan Bayiah pengetua rumah AN-NUR,cik mat,cik jah,leman driver,siaw,ea ramai lah yang sayang akak”kebenaranya  tak ramai pon yang sayang aku,ahli kelurga jauh berbatu di dunia Australia.dan aku beruntung diterima bekerja sambilan disini aku berasa amat bersyukur kerana mempunyai U-ya yang tanpa jemu menemani aku.Kadang kala terasa U-ya lebih matang berbicara dan pandai mengambil hati walaupun umurnya baru menjangkau 16 tahun,berbanding aku lebih tua 8 tahun darinya,walaupun pada logiknya aku lebih tua,aku rasa U-ya lebih matang dari aku.U-ya,U-ya,U-ya,,gadis yang mengubah peribadiku dalam bicara halusnya, yang berani mengubah keputusan muktamadku, yang berani tanpa takut menengur aku dengan sindiran sinis,U-ya gadis yang merubah 360 darjah pusingan hidupku walaupun baru 8 bulan kami berkenalan.Teringat peristiwa 1 time kami bertemu,aku dibaling dengan selipar,kerana U-ya ingat aku mendera budak,sedangkan kami sedang berdrama untuk pertunjukan bulan depan,aku berang dengan tindakanya lalu mengambil telur yang digunakan untuk tujuan drama membaling kembali telur-telur itu kearah U-ya,hampir 10 biji telur dibaling dan U-ya membalas dengan membaling batu-batu kecil kepada ku.Kami saling membaling selama 5 minit,lenguh tangan aku dibuatnya tapi kerana ego yang setinggi menara KLCC aku  kuatkan semangat lalu membalas setiap balinganya dengan ejekan apabila ada balingan lajunya dapat aku elakkan.Peristiwa membaling barang itu disuraikan oleh cik mat dan cik jah apabila melihat aku mengangkat kerusi kayu dan U-ya yang kurus itu mengangkat batu besar bersedia untuk membaling antara satu sama lain.Puan Bariyah meminta kami mohon maaf antara satu sama lain dengan mengurung kami didalam bilik dewan.Hampir 5 minit kami berdiam tidak bersuara tapi saling membalas jelingan,membalas ejekan,membuat rupa mengolok,mata dijulingkan,tangan-tangandigerakkan sebgai tanda amaran,kaki-kaki kami saling menhentak lantai dengan kuat seolah-olah memperlihatkan kekuatan masing-masing, 
Akhirnya U-ya mengalah perlahan dia bangun menghampiri aku “sa……..sa……….ya……mi…..min….ta……maaf,nafas nya ditarik kuat.dengan satu hembusan saya mintak maaf saya iugat awak nak dera budak tue!!!”jerit U-ya.Dahi aku bekerut “kau nak mintak maaf ke nak menegking nie,sedar ar sikit kau tue budak bawah umur,lain kali law tak tahu tnya bukan main baling jerk!!takde otak nak fikir,ibu ayah tak ajr!!!”tengking aku balik,lalu memalingkan kepala .Entah kenapa U-ya terasa hati,dia keluar dan menghempas pintu sekuat-kuatnya KEDEBANG…Syia tersentak asal minah telur nie.Pintu dikuak kasar belum sempat Syia berpaling terdengar jeritan yang mengocang jantungnya,seolah-olah keretaapi melanggarnya. “HEADSTONE!!!!!!!!!!!!!!!”.jerit U-ya nyaring. “ARGHHH!!!,dye panggil aku kepala batu pulak!!!!”jerit Syia lantang.Kemudian setiap kali kami berjumpa pasti ada peristiwa ejek-mengejek U-ya gelar aku HEADSTONE dan aku gelar dye MINAH TELUR BUSUK.Huh macam-macam kami lakukan untuk jatuhkan reputasi masing-masing,Sehinnga satu hari kami berjumpa dan meminta maaf dengan kuat di dewan tanpa menyedari ramai yang berkumpul masa itu.Sejak dari itu kami berkawan sehingga kini.
 “HEADSTONE!!!!berangan lagi,,,,adoi,,,pantang orang lepa berangan je lebih apa pown tak boleh”jeritnya perlahan sambil menarik muka masam.Aku tersenyum lagi kepala mencari ayat untuk memujuk U-ya,sensitive pula budak nie. 
“U-ya,akak janji akak tak akan tinggalkan U-ya,akak tak ada sesiapa di sini,U-ya je yang akak kenal,kalau akak lupakan U-ya siapa lagi nak gaduh dengan akak,nak jerit HEADSTONE,nak baling batu kat akak,nak cubit pipi akak”perlahan aku bersuara sayu,entah kenapa aku rasa jauh sangat rasa rindu yang mendalam membungkam perasaan,aku anak yatim-piatu,keluarga yang tinggal di Australia hanya pakcik-mak cik yang baik hati.Air mata ini mengalir lagi,sukar ditahan bila mengigat kembali yang aku sebatang kara didunia dan memiliki wasiat puluhan juta daripada arwah papa dan mama,aku tak pernah melihat wajah mereka jauh sekali mendengar mereka memangil nama ku.Air mata ini laju mengalir bukan U-ya yang sensitive tapi aku. “Akak,jangan nangis nanti U-ya pon nangis,akak dah takde parents ke?kenapa tak beritahu U-ya.”ujarnya dengan kehairanan seingatnya Syia tidak pernah berahsia denganya tidak disangka gadis yang berada disebelahnya ini seorang yang kesunyian walaupun tingkah lakunya begitu ceria,kecoh dan suka buat masalah. 
10 minit berlalu....................
 U-ya ingin memberi masa supaya Syia bertenang.“Akak kenapa senyap” tanya U-ya segera campur hairan matanya melirik ke sebelah tersentak seperti diacu pistol revoler hatinya  mula panas “HEADSTONE!!!!!!!!!!TIDOR PULAK DYE!!!!!”Jerit U-ya  yang tak menyangka selepas beriya-iya Syia menangis tertidur pulak arghh sakit jantung jika terusan layan perangai Syia,,tertidur kerana terlalu sedih boleh diterima masih logik tetapi tidur atas kerusi dengan mendogkat dagu tak logic!!!!!!!.
       15 MINIT KEMUDIAN........

       “Akak nak dengar satu cerita tak?”.ujar U-ya lembut. “Nak,dengar !”pantas aku menjawab untuk menebus rasa bersalah kerana tertidur tadi.Puas Syia meminta maaf sehingga terpaksa menari-nari mengambil hati U-ya. “betul akak nak dengar?”Tanya U-ya bersungguh,anak matanya kelihatan bersinar memperlihatkan lagi kecomelanya lalu merapatkakn ke muka aku. “nak dengar,betul,haaha”,aku mengusap pipi U-ya dan menolak lembut sambil tersenyum manis. “Ceritanya panjang taw kak”ujarnya perlahan. “ok” jawab aku sepatah.
           Ada seorang budak perempuan nie namanya Siti.Siti nie seorang gadis yang periang,manja dan kecoh.Kehidupannya sungguh bahagia bersama-sama ibu yang berada disisi dan abi.Abi ayah baru Siti dan Siti menerima Abi sepenuhnya kerana Siti tidak pernah merasai kasih sayang seorang AYAH.Kehadiran Abi menjadi pelengkap dalam keluarga Siti. “Amboi,cerita macam nak masuk pertandingan bercerita siap bergerak-gerak tangan ea”,sampuk aku pantas lalu tertawa kecil. “Ishy!!,janganlah menyampuk U-ya nak bercerita nie! Nak dengar atau tidak” U-ya memberi amaran dengan jari telunjuknya ditengakkan betul-betul di hadapn batang hidung Syia. “ok,ok, I am surrender” ketawa aku berderai dan tangan aku dinaikan menyamai kedudukan kepala. “dengar bebetul jangan menyampuk!” keras arahanya..U-ya menyambug lagi ceritanya.
Mereka saling faham memahami dan Abi sangat sayang padanya,ibu gembira dengan penerimaan Siti terhadap Abi.

Tuesday, 20 March 2012

sipnopsis nagasaki

SINOPSIS
Cerpen 'Nagasaki" mengisahkan tentang seorang pelajar, iaitu Nilakesuma yang begitu gembira apabila mengetahui bahawa namanya tersenarai dalam 40 orang pelajar Rancangan Persediaan Khas ke Jepun. Walaupun lebih dua tahun menanti, akhirnya impian untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun tercapai.

Ibu bapa Nilakesuma berasa gembira apabila mendengar kejayaan anaknya itu. Nila memberitahu bahawa dia akan melanjtkan pelajaran ke Saga Jepun. Apabila ibu bapa Nila mendengar Nilai akan ke Saga, mereka merasa gembira kerana impian mereka akan tercapai. Nila berasa hairan dengan sikap ibu bapanya itu. Kemudiana ibu Nila, iaitu Puan Rohana masuk ke bilik. Sejurus selepas itu ibunya membawa keluar sebuah kotak yang sudah lama. Nila mendekati ibunya dan melihat ada sekeping gambar lelaki Jepun berunform tentera dan beberapa pucuk surat di dalam kotak tersebut. Ahhirnya Nila mendapat tahu bahawa gambar itu ialah gambar Yoshida, iaitu sahabat kepada arwah datuknya Sulaiman. Bapa Nila, iaitu Hj. Usman menceritakan tentang surat-surat itu kepada Nila dan memberitaunya bahawa sejak datuknya meninggal, tiada lagi surat-surat dikirimkan.

Nila membaca segala isi surat-surat itu. Antara surat itu, ada menceritakan tentang Yoshida yang gemar kepada kanak-kanak dan mahir menulis dalam bahasa Melayu. Yoshida juga ada menceritakan tentang isterinya yang telah meninggal dunia akibat terkena sinaran bom atom. Nila terus membaca surat itu yang tertulis nama Hanako dalam surat tersebut. Lalu Nila bertanya kepada bapa serta ibunya, dan Nila mengetahui bahawa Hanako ialah nama ibunya yang diberi oleh Yoshida dan nama Rohana oleh datuknya.

Dalam kapal terbang, Nila berkenalan dengan seorang senior, iaitu Anieza yang turut belajar keJepun, dan merupakan pelajar dari Rancangan Persediaan Khas sepertinya. Dalam perbualan itu, Nila mengetahui bahawa Anieza belajar di Fukuoka dan berasal dari Johor. Anieza kemudiannya terlena tetapi Nila tidak dapat memejamkan matanya kerana teringat akan bunga sakura yang diceritakan oleh Yoshida dalam suratnya. Datuknya begitu berminat untuk melihat bunga sakura, oleh sebab itulah Yoshida sering mengirimkan surat kepada datuknya, dan menyuruh datuknya datang ke Jepun untuk melihat bunga sakura.

Tiba-tiba Nila teringat akan Nagasaki, iaitu kisah sejarah yang diceritakan oleh bapanya mengenai pengeboman kota pelabuhan itu. Nila mengetahui bahawa datuknya ialah seorang nasionalis dan adalah pelajar dari Tanjung Malim (MPSI) yang mengagumi perjuangan kebangsaan di Indonesia. Nila juga pernah mendengar tentang Nagasaki yang diceritakan oleh gurunya, iaitu Mori Sensi yang memberitahu bahawa Nagasaki ialah sebuah kota pelabuhan yang terbesar di Jepun, dan merupakan kota paling banyak penganut agama Kristian.

Selain itu, Nila juga teringat ayahnya mengatakan kepadanya bahawa hubungan datuknya dengan Yoshida seperti adik-beradik. lebih-lebih lagi setelah Yoshida memeluk Islam. Nila berasa hairan bagaaimana datuknya boleh bersahabat baik dengan orang Jepun, sedang orang Jepun terlalu zalim dan tidak berperikemanusiaan. Namun begitu bapanya mengatakan bahawa semua itu berlaku ketika zaman perang.

Setelah agak lama dalam penerbangan, mereka pun sampai. Anieza memperkenalkan Nila kepada Iqbal, iaitu seorang pelajar senior tahun tiga dan Sukarno pelajar tahun akhir yang akan menolong mereka. Dalam perjalanan, Nila ternampak pokok-pokok sakura dan bunganya yang putih seperti salji. Kini Nila faham kenapa Yoshida selalu mengajak datuknya datang menyaksikan temasya musim sakura berbunga. Di dalam bas, Nila memberitahu bahawa dia ingin ke Takeo City untuk mencari kawan datuknya. Iqbal memberitahu Nila tempatnya terletak tidak jauh kira-kira 30 kilometer ke arah Nagasaki. Setelah sampai di Internasional House, iaitu tempat tinggal mereka, Nila disambut oleh beberpa orang pelajar Malaysia. Nila dan Mariam ditempatkan di dalam satu bilik yang sama.

Setelah beberapa hari di Saga, Nila dan beberapa orang rakannya iaitu Iqbal dan Mariam pergi ke Takeo City. Kemudian, merekapun sampai di rumah Yoshida berpandukan alamat yang diberikan. Ketika sampai di rumah Yoshida, mereka disambut oleh seorang perempuan dan memberitahu kedatangan mereka untuk berjumpa dengan Yoshida. Yoshida sudah tua tetapi masih ada raut wajah gagah yang pernah dilihatnya dalam gambar. Iqbal memberitahu kepada Yoshida kawannya datang dari Kedah dan membawa pesanan untuknya. Yoshida terkejut dan mengagak Nila adalah cucu Sulaiman-san iaitu anak Hanako. Nila dan rakan-rakannya dijemput makan di rumah Yoshida. Di sana, Nila berkenalan dengan Michiko dan mendapat tahu Michiko akan belajar di Medical College. Sekali lagi Nila terkejut apabila nama Nagasaki disebut oleh Michiko dan memberitahu bahawa dia ingin pergi ke sana. Michiko berjanji akan membawa Nila ke Muzium Peringatan Bom Atom.

Seperti yang dijanjikan, mereka pergi dengan menaiki kereta pacuan empat roda milik Mochiko. Mereka sampai di sana waktu tengah hari. Semasa memasuki muzium, Nila terpandang wajah Yoshida yang tidak begitu ceria. Tiba-tiba Yoshida bersuara agak kuat dan menunjukkan bom atom berbentuk bola ragbi kepada Nila. Semasa Yodhida menceritakan peristiwa itu, Nila merasakan nada suara Yoshida bergetar seperti dendam yang masih tersisa. Nila sempat melihat gambar-gambar yang ngeri dan dahsyat.

Dalam perjalanan ke hypocenter, iaitu tempat bom atom digugurkan, Nila dibawa melawat Peace Park, iaitu sebuah taman terbuka tempat perhimpunan antiperang nuklear yang sering diadakan pada tiap-tiap tarikh 9 Ogos. Di situ, terdapat sebuah patung lelaki yang amat besar dan seolah-olah berdoa untuk perdamaian yang abadi. Di sebelah kiri hypocenter, terdapat sebuah patung wanita yang mengendong bayi. Di sebelah kanan pula terdapat sisa pintu gerbang gereja Urakami. Sedang asyik Nila memerhatikan patung-patung tersebut, tiba-tiba Nila terkejut apabila Yoshida mengatakan peristiwa pengeboman Nagasaki adalah satu ironi sejarah. Nila teringat kata-kata bapanya dan serentak itu Iqbal bertanya kepada Yoshida sebab beliau mengatakan begitu. Setelah Yoshida menerangkannya, Mochiko datang memanggil Nila untuk bergambar bersama dengan Iqbal dan Yoshida di tugu hypocenter tetapi Yoshida melarang mereka bergambar kerana dia tidak suka melihat orang tersenyum di tempat yang menjadi malapetaka. Yoshida bertanya kepada anak-anak muda tersebut, adakah mereka sudah benar-benar berasa bebas daripada malapetaka peperangan?

Semasa dlam perjalanan, Nila bertanya kepada Iqbal sebab Yoshida marah. Lalu Iqbal memberitahu apa yang dikatakan oleh Yoshida ada benarnya iaitu dunia masih belum bebas daripada api peperangan. Bagi Yoshida, walaupun peristiwa itu telah lama berlaku, namun parutnya masih ada.

Soalan-soalan Perbincangan
1. Siapakah Nilakesuma.
2. Ke manakah Nilakesuma akan melanjutkan pelajaran?
3. Nyatakan lima mesej yang ingin disampaikan pengarang.

Rujukan
Buku teks dan buku ulasan.


 TEMA:
Kesan perang ke atas jiwa manusia.Yoshida masih mengalami tekanan perasaan terutamanya apabila teringat akan kesan pengeboman tentera amerika ke atas Nagasaki
 Kesan perang ke atas Yoshida.Dalam cerpen tersebut dapat dilihat Yoshida masih trauma.
Persoalan:
1. Semangat patriotik.
Sebagaimana yang ditunjukkan oleh Cikgu Sulaiman yang suatu ketika dahulu merupa seorang nasionalis.

2. Keburukan peperangan.
Kesan peperangan bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan tetapi juga menyebabkan banyak nyawa yang tidak berdosa telah terkorban. Kematian isteri Yoshida setelah menderita sakit sekian lama akibat terkena sinaran atom atau radiasi menggambarkan betapa pertnya kesan peperangan terhadap mangsanya

sipnopsis kesementaraan


Cerpen: Kesementaraan
Oleh: S. Othman Kelantan


Sinopsis


Mengisahkan watak dia dan isteri dan 8 orang anaknya yang berpindah dari bandar ke bandar yang lain kerana tugas. Dia berpindah dari kota Panik ke kota Barati, Kota Samurai dan akhirnya ke kota Wangi. Dalam perpindahan itulah anak-anaknya dibesarkan dalam suka dan duka kehidupan. Kota Wangi merupakan kota intelektual oleh kerana penghuninya mempunyai ekor (berpendidikan tinggi/memiliki ijazah tinggi Ph.D.). Ramai penghuninya yang menambahkan ekornya setiap tahun untuk mendapat kedudukan yang lebih baik. Tidak cukup dengan hanya memiliki satu atau dua ijazah, mereka akan terus menyambung pendidikan di luar negara bagi mendapatkan ijazah lanjutan.

         Golongan yang memiliki ijazah tinggi akan dihormati di kota Wangi dan dengan memiliki ijazah itu juga dapat menentukan pekerjaan dan pendapatan mereka. Sekolah menengah dan sekolah rendah dipenuhi oleh anak-anak penghuni kota Wangi yang dikatakan golongan intelektual (cendiakiawan). Suasana di pasar kota Wangi penuh sesak dengan gerai-gerai jualan barang dan makanan tetapi keadaannya lengang kerana penghuni kota Wangi yang kononnya dianggap intelek tidak sukan makan di gerai berkenaan. Mereka lebih suka makan di tempat-tempat yang ekslusif seperti di restoran yang berhawa dingin. Kota Wangi seharusnya dibina tempat-tempat yang ekslusif seperti kelab malam, emporium dan plaza yang sesuai dengan kedudukan penghuni kota Wangi yang dianggap intelek itu.


          Secara sinis dia dan isterinya berbincang tentang dua golongan masyarakat kota Wangi iaitu golongan intelek dan akademik. Golongan akademik sering menghabiskan masa mereka di perpustakaan manakala golongan intelek pula selalu memikirkan hal-hal yang di luar topik perbincangan golongan akademik. Jamal yang pada awalnya aktif dalam politik bodek menjaya menjadi wakil rakyat sudah dianggap intelek oleh masyarakat kota Wangi. Begitu juga dengan watak Salam yang yang pada mulanya hanya pandai mengatur jadual ceramah politik akhirnya berjaya menjadi Senator hanya lulus darjah 3 juga dikatakan golongan intelektual. Begitu juga Mahasan yang hanya kerani penghulu berjaya menjadi Setiausaha Menteri juga dianggap intelek.
         Rumah-rumah di kota Wangi dibubuh jeriji  dan mesti sentiasa berkunci rapat bagi mengelakkan rumah mereka dimasuki pencuri. Sekali imbas, sesiapa yang melihatnya seolah-olah penghuni di kota Wangi tinggal dalam penjara. Penghuni di sini bukanlah miskin, tetapi keadaan itu menjadikan kehidupan masyarakatnya bersifat individualistik. Malahan semakin tinggi pendidikan penghuninya semakin khidupan mereka terpisah dengan masyarakat luar kerana masyarakat intelek itu merupakan dunia teori dan penghuninya suka melakukan sesuatu yang dianggap luar biasa. Oleh sebab itu mereka lebih suka membina rumah ditempat yang tinggi seperti di atas bukit di kota Wangi.
        Dalam masa yang sama pengarang juga menyindir golongan teknokrat atau birokrat yang terjelma daripada budaya kemajuan teknologi moden kini. Golongan usahawan menjadi cepat kaya dengan meminjam wang dari bank yang jumlahnya berjuta-juta ringgit. Manakala golongan politikus pula cepat melonjak naik dengan kepandaian mereka bercakap di depan rakyat semasa pilihan raya dan selalu mengangguk kepala bila di depan ketua mereka. Kebanyakan golongan ini terdiri daripada golongan intelektual.
           Kehidupan "dia" menjadi terasing di kota yang dianggap penghuninya intelektual tetapi sebenarnya mereka bukanlah intelektual yang sejati. Contohnya dalam majlis kenduri, selepas tahlil dibuka jualan alat solek yang mana sedikit sebanyak tetamu yang hadir terpaksa memesan barang itu. Terdapat juga seorang ustaz yang begitu bersemangat semasa membaca khutbah memperkatakan tentang semangat kejiranan, bertakwa, semangat bergotong-royong tetapi dalam perlakuan sehariannya uztaz tersebut tidak pernah mengambil tahupun hal jirannya. Mereka yang mendapat pendidikan barat inilah yang suka menganggap diri mereka lebih Islam daripada orang lain.
         Kota Wangi sebenarnya memberikan ketenangan kepada dia (Pengarang) walaupun manusia jin berekor (intelek yang jahat) ramai di kota itu. Dia yakni pengarang sanggup menghadapinya dan memanglah dia berpindah ke kota itu adalah dengan tujuan mengembalikan manusia, jin dan makhluk berekor kepada kedudukan mereka yang sebenarnya. Isteri pengarang sudah tidak mahu lagi hidup berpindah randah (seperti manusia normad) dan beliau ingin terus menetap di kota itu walaupun mungkin suaminya juga akan menjadi jin.

TEMA
Kemelut hidup masyarakat bandar

Pelbagai masalh dialami oleh masyarakat bandar walaupun mereka kaya dan berpendidikan tinggi




      

sinopsis garis panorama



Cerpen: Garis Panorama
Oleh: Jais Sahok


Sinopsis
Mengisahkan Dak Joh, lelaki tua umur 70-an, duda dan ayah kepada tiga anak yang kesemuanya telah berumah tangga. Dak Joh mempunyai kebolehan sebagai bomoh dan setiap kali dia mengubati pesakit, pesakit itu berjaya disembuhkan. Dengan itu Dak Joh telah diberi kepercayaan penuh oleh penduduk kampung dalam perbomohan, khususnya dalam menagangi masaalah makhluk halus. 
     Setelah diberitahu oleh Ongkat tentang projek pembinaan rumah kedai di atas tanah yang telah didirikan perdangauan perkuburan di kampung Sebiris itu, Dak Joh merasakan dirinya tidak dihormati lagi. Dak Joh menjadi resah tidak menentu kerana perkara tersebut. Kekesalannya semakkin memuncak kerana seolah-olah Ongkat mencabar kewibawaanya sebagai orang tua yang dihormati di kampung itu. Penduduk kampung Sebiris selama ini begitu setia menghormati kewibawaan Dak Joh yang banyak berjasa kepada seluruh penduduk.
      Dak Joh bukanlah penduduk jati Sebiris, tetapi bagi dia kg. Sebiris sudah sebati dengan kehidupannya dan penduduk kg itu sudah menggangap Dak Joh sebagai bapa kepada mereka hinggakan penduduk memanggilnya Udak atau Nek. Kemesraan antara Dak Joh dan penduduk kampung tidak dapat dinafikan lagi ditambah pula khidmat Dak Joh amat diperlukan oleh seluruh penduduk kampung Sebiris. Sudah dua puluh tahun Dak Joh mencurahkan baktinya kepada penduduk kampung Sebiris.
      Dak Joh tidak mahu berpindah lagi dan mahu menghabiskan sisa hidupnya di kampung itu dan dia berharap jasadnya juga akan disemadikan di perdangauan perkuburan di kampung Sebiris. Dengan itu Dak Joh bertekad menentang habis-habisan jika ada sesiapa yang cuba yang menyokong hasrat Yang Berhormat untuk mendirikan rumah kedai sederet di atas tanah perkuburan itu. Dak Joh merasakan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menyelamatkan perdangauan perkuburan sebagai mimpi yang disuruh oleh nenek tua kepadanya. Kemarahan Dak Joh kepada Yamg Berhormat sudah tidak dapat dibendung lagi terutamanya semasa mesyuarat yang dihadiri oleh dia di rumah Ketua Kampung Sebiris. Dalam mesyuarat itu, Yang Berhormat Hamdan seolah mencabar kewibawaannya yang akhirnya Dak Joh bertindak kasar kepada YB. Dak Joh membatalkan hasratnya untuk bertindak lebih jauh lagi apabila YB Hamdan mengacukan pistol kepadanya.
       Tindakan YB Hamdan telah berjaya mematikan hasrat Dak Joh. Dalam pada itu fobia Dak Joh kembali kepada ingatannya kepada kematian isterinya yang mati ditembak oleh rakan sekampung semasa pergi berburu. Peristiwa itu menjelma dalam ingatanya, dan kerana senjata itulah isteri kesayangannya Sinang meninggal dunia.

TEMA>Perjuangan mempertahankan hak
           >Dak-Joh berani mempertahankan tanah perkuburan di Kampung Sebiris daripada dijadikan tapak deretan kedai

sastera

SAJAK
v Sajak mengungkapkan perasaan & pemikiran penyair secara imaginative dan disusun dengan menumpukan semua kekuatan bahasa, serta bentuk luaran dan bentuk dalaman.
TEMA SAJAK
v Tema ialah persoalan pokok yang hendak disampaikan oleh penyair.
CONTOH TEMA :
v Tema diri: berdasarkan pengalaman diri.
v Tema cinta: cinta akan kekasih, ibu bapa, tanah air, bangsa dan negara.
v Tema masyarakat: memaparkan simpati dan nasib masyarakatnya di samping saranan penyajak tentang langkah-langkah mengatasinya.
v Tema alam: gambaran alam seperti keindahan dan pencemaran alam.
v Tema semangat perjuangan / nasionalisme: semnagat pahlawan negara
v Tema ketuhanan & keagamaan: soal kesedihan, kematian, kesedaran dan sebagainya.
BENTUK
v Bentuk dalaman: membawa sifat yang lebih abstrak, iaitu cara persembahan perasaan dan pemikiran.
v Bentuk luaran: sifat-sifat binaan yang dapat dilihat dengan jelas termasuk susunan baris dalam rangkap, susunan atau jumlah perkataan dalam baris dan susunan rima di hujung baris dalam rangkap.
v Bagi puisi Melayu tradisional, sifat-sifat tersebut terbina dengan susunan yang tetap tetapi puisi Melayu moden sebaliknya.
v Sajak terikat: bercirikan puisi Melayu tradisional seperti pantun dan syair
v Sajak bebas: tidak lagi menepati ciri-ciri puisi Melayu tradisional daripada segi pembinaan aspek bentuk.
v Sajak separuh bebas: ada antara rangkapnya yang terikat dan ada yang bebas daripada ikatan puisi Melayu tradisional.
NADA
v Nada ialah alunan lembut, keras, rendah atau tinggi yang terhasil daripada pelbagai jenis bunyi dalam sesebuah sajak yang berhubung erat dengan perasaan, pemikiran dan sikap penyair yang diungkapkan dalam puisinya.
v Nada juga berhubung rapat dengan tema, persoalan, rima, jenis dan bentuk sesebuah puisi itu.
CONTOH-CONTOH NADA :
v Nada melankolik: nada murung yang menggambarkan suasana hati yang sedih. Tekanan suara lebih rendah dan perlahan serta sesuai untuk puisi yang bertemakan penderitaan, kehampaan dan kerinduan.
v Nada romantik: menggambarkan suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Tekanan suara agak tinggi dan diselangi oleh tekanan suara rendah dan perlahan. Sesuai untuk puisi yang bertemakan peristiwa indah dan menggembirakan.
v Nada patriotik: menggambarkan suasana hati yang penuh bersemangat. Tekanan suara lebih tinggi, pantas atau cepat. Sesuai untuk puisi yang bertemakan perjuangan, bercita-cita tinggi, besar dan mulia.
v Nada sinis: menggambarkan suasana hati yang kurang senang. Tekanan suara agak rendah dan perlahan, iaitu bersesuaian dengan puisi yang bertemakan hal yang tidak disukai atau kurang dipersetujui.(Sindiran yang Tajam)
v Nada protes: menggambarkan suasana hati yang penuh pertentangan atau pemberontakan. Tekanan suara lebih tinggi dan pantas. Sesuai untuk puisi yang bertemakan ketidakadilan dan ketajaman. (tidak setuju)
BUNYI
v Keindahannya terlaksana melalui kata atau rangkai kata yang dipilih, teratur dan berfungsi dalam keseluruhan sajak tersebut.
v Irama: alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak yang baik.
v Rima: menambah kerapian bentuk dan memperkaya kesan muzik bahasa. Pengulangan bunyi vokal dalam baris yang sama dikenali sebagai asonansi. Pengulangan bunyi konsonan dalam satu baris pula dikenali sebagai aliterasi.
IMEJ
v Merupakan kesan gambaran yang timbul daripada penggunaan kata, ungkapan dan ayat dalam sesebuah puisi yang membantu pembaca mendekati dan menyelami pengalaman penyair.
v Himpunan imej yang banyak dalam sajak dipanggil imejan.
SIMBOL
v Ialah kata-kata tertentu yang digunakan untuk menyatakan sesuatu di luar erti kata-kata itu sendiri.
GAYA BAHASA
v Bahasa digunakan untuk memindahkan perasaan dan pemikiran penyair.
v Bahasa yang ekonomis datang daripada pembentukan baris-baris yang ringkas dan penggunaan kata yang terbatas, tetapi padat mendukung makna.
v Bahasa puisi bersifat konotasi, iaitu mempunyai makna kebih daripada satu, kaya, jauh dan luas pengertiannya. Bahasa denotasi pula mempunyai makna yang khusus seperti di dalam kamus.
GAYA PERBANDINGAN
v SIMILE
- membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain. Setiap benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata seperti, bagai, laksana atau umpama.
v METAFORA
- membandingkan sesuatu benda dengan benda lain yang tidak jelas bentuk perbandingannya kerana dibuat secara langsung. Umumnya ia terdiri daripada dua perkataan, satu perkataan abstrak dan satu perkataan konkrit.
v PERSONIFIKASI
- sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Disebut juga pengorangan.
v HIPERBOLA
- gaya perbandingan yang menggantikan sesuatu kata dengan kata yang lain di mana kesan penggantiannya memperlihatkan gambaran perbandingan secara berlebih-lebihan.
GAYA PENEGASAN
v PENGULANGAN
- termasuk pengulangan kata, ungkapan, baris dan rangkap
- tiga tujuan dan kesannya:
a) menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran
b) menegaskan maksud tertentu
c) menarik perhatian pendengar
- Anafora: pengulangan sesuatu kata yang diletakkan pada awal baris.
- Epifora: pengulangan sesuatu kata yang diletakkan pada akhir baris
- Simplok: pengulangan sesuatu kata pada awal, tengah atau akhir kalimat.
- Inversi: pembalikan kata, frasa atau rangka kata
GAYA PERTENTANGAN
v PARADOKS
- pembentukan atau penyusunan kata-kata yang memberikan kesan gambarannya bertentangan dengan kenyataan.
v IRONI

- bermaksud sindiran (satu-satu yang berlainan dengan realiti atau pertentangan dengan sebenarnya) cemuhan atau ejekan.

Blog kesusasteraan Melayu Moden tumpuan khas pada STPM ini bertujuan untuk membantu para guru dan para pelajar yang mengambil mata pelajaran ini diperingkat STPM. Bahan-bahan yang dikongsikan dalam blog ini adalah merupakan hasil usaha gigih saya selama hampir tujuh tahun bergelumang dengan mata pelajaran ini sehingga saya diangkat menjawat jawatan guru pakar dalam mata pelajaran ini. Alhamdullilah bahan-bahan yang telah saya hasilkan akan dapat dimanfaatkan bersama.



  1. Tema dan persoalan
TEMA – Idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya sastera. Dalam karya prosa yang bukan cereka, tema mungkin dianggap sebagai persoalan umum dalam perbincangan, bahan karangan ataupun yang disebut tesis.
(sumber GLOSARI Istilah Sastera)
Merupakan gagasan /pemikiran utama / pandangan / sikap / kritikan / falasafah / serta perbincangan seseorang penulis. Tema boleh berupa apa sahaja, seperti peperangan, cinta, kemiskinan, kekecewaan, dan lain-lain. Tema akan dirasai oleh pembaca setelah selesai membaca sesebuah novel.
PERSOALAN - merupakan isu-isu kecil @ sampingan yang diketengahkan oleh pengarang untuk mendokong tema. Ianya hadir bersama rentetan peristiwa/ plot
UNSUR KELEVANAN - bermaksud mempunyai hubungan dan kaitan @ pertalian dengan topic yang dibincangkan oleh pengarang. Latar masa menjadi pengukur menentukan samada gagasan pemikiran pengarang relevan atau tidak dengan masa sesuatu karya itu dihasilkan. Contohnya novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur yang ditulis tahun 1980-an dianggap relevan dengan isu semasa pada tahun itu seperti
MAKNA HARAFIAH : Makna yang dikesan/ dirasai secara langsung dari karya yang dibaca. Disebut juga makna tersurat
MAKNA TERSIRAT: Makna yang terselindung/ tersembunyi disebalik tema dan persoalan. Dalam sesebuah karya memang terdapat kedua-dua makna ini. Untuk mengesan makna tersirat lebih susah daripada mengesan makna tersirat kerana pembaca terpaksa berfikir dan menduga-duga maknanya. Belum pasti apa yang diduga pembaca sama dengan pemikiran pengarang

SIPNOPSIS perjalanan tak direncana

Cerpen: Perjalanan Yang Tak Direncana

 Sinopsis:
Kisah seorang pemuda yang ingin menyiapkan tesis berkaitan dengan masalah sosial. Kajian pemuda itu menemukan dia dengan Jarah (pelacur). Jarah berasal dari kampung yang terdidik dengan penuh kesopanan. Kerana kesilapan pada malam 'main pantai' menyebabkan Jarah meninggalkan kampung halamannya ikut Kak Ngah dan Abang Ngah ke Melaka. Dia terpaksa pergi kerana dia dianggap telah menconteng arang ke muka keluarganya.
     Hubungan Jarah dan keluarga Kak Ngah pada awalnya baik, tetapi akhirnya Jarah seolah dijadikan hamba kerana selalu diherdik. Ini kerana Kak Ngah telah tahu tentang cerita sebenar mengenai Jarah dan ia menggangap Jarah sudah rosak. Akhirnya Jarah mengambil keputusan untuk lari dari rumah Kak Ngah dan pada masa itu dia bertemua dengan Abang Soh dan terus Jarah dibawa ke Pulau Pinang. Rupanya Abang Soh dan Kak Nah hanya berpura-pura buat baik dengan Jarah. Jarah terus dijadikan pelacur.
    Pemuda itu berasa simpati dan atas dasar perikemanusiaan dia telah mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan kisah Jarah kepada profesornya sendiri dan dia juga sanggup mengorbankan ijazahnya demi menjaga maruah Jarah.

Tema:
Keperitan hidup seorang gadis malang yang telah dianiaya.
Jarah terpaksa menempuh kehidupan malang ekoran daripada fitnah yang dilemparkan ke atasnya.Akhirnya  dia terjebak ke lembah hina kerana mengikut Abang Soh selepas meninggalkan rumah Kak Ngah

Persoalan:
1. Maruah diri dan keluarga.
2. Menyimpan rahsia aib orang lain.
3. Pengkhianatan.

Mesej:
1. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis.
2. Jagalah maruah keluarga.
3. Janganlah menindas golongan yang lemah.
4. Jangan memandang negatif kepada orang lain.

Latar :

- Melaka
-Kuala Lumpur
-Trengganu.
-Pulau Pinang.
-Masyarakat prihatin - Mahasiswa.

Watak & perwatakan:
1. Aku (Jarah)
2. Pemuda
3. Ayah Tiri
4.Abang Ngah
5. Kak Ngah
6. Mak Cik Timah
7. Abang Soh
8. Kak Nah

Plot:
Abang Ngah & Kak Ngah  ------------.> ke Melaka--------------> Jarah ikut--------------> kerana peristiwa silam-----------> mula konflik bila ----------------> Jarah cerita tentang dirinya --------------->diherdik -------->Jarah lari--------------> tersesat--------------> jumpa dengan-----------> Abang Soh--------------> mahu tolong-----------> dibawa ke Pulau Pinang----------> jadi pelacur----------------> klimaks-----------> Jarah bertemu pemuda-------------------> mahu menemu bual sahaja-------------> Jarah terima surat ----------------> tak sanggup mendedahkan kisah Jarah.

Monday, 12 March 2012

kelas tambahan

huhuhu,,,,,hari ini hari kedua aku kena belajar untuk kelas tambahan
t aku cerita lagi ea,,,,

anti dadah

Dadah,,,,,sebut je dah cukup menyakitkan,,,,,dadah,,,,kalau tak dihalang akan membinasakan segala-galanya.hanya kerana benda ini mampu membuat anak2 kecil menangis kelaparan,hilang kasih sayang,hilang pendoman,,phatos,,,hanya orang yang gila sahaja mampu membuat keputusan bodoh nie,,,Sekolah aku ada wat bulan anti dadah,,,selaku pelajar sastera aku diminta untuk menulis cerpen or sajak tentang sajak anti dadah.Nie sajak saya.komenlah ea.
Tajuk:DADAH ATAU AKU!!
Siapa perlu aku salahkan?
kau atau najis itu?
Saat aku perlukan mu
siapa yang kau pilih
aku atau benda sial itu!!!
Bila dingin malam menyapa ku
siapa yang kau selimuti
aku atau barang itu.!!
Setiap hari doa tidak pernah putus
agar kau berubah,
Lebih menyayangi aku.
Anakmu.
Wahai Ayah,
Pedih hati ini,
Saat terlihat kau teringkut memeluk lutut tuamu,
Tika puas melayan nafsu sial itu,
Wahai Ayah,
Menitis air mata ini,Bila kau teriak namaku
dengan sambungan nama heroin,syabu dan ganja
WAHAI Ayah,
Sakit sekali  tubuh kecil ini,
Sakit lagi hati ini
Walau kau mengerah tenaga membelasah aku,
Tidak aku menangis,
Jauh sekali terkilan dengan sebatanmu
Kerana hati ini puas menangis 
Kerna  kau memilih membenci aku dari DADAH itu.
Kini aku disitu,
Selepas puas aku dihentak,dihenyak,diterajang.!!
Ya,sakit Ayah!!
Aku meringkuk disitu dengan lumuran cairan merah
Ya!!,hanyir,busuk
Aku tak cuba membuangnya,
Kerna tangan kecil ini tidak bergerak
Untuk akhir kalinya
Dalam penglihatan yang kabur ini
yang hampir tutup ini
Kau masih lagi pilih DADAH itu dari AKU ANAKMU.!!
AKU MERAYU AYAH 
JAWAB SOALAN AKU
SIAPA YANG KAU SAYANG AKU ATAU DADAH ITU.