klik jerk


Tuesday, 28 May 2013

wanita,hak,akal,nafsu dan TUHAN

Bila hati menentukan siapa yang menjadi tuhan
Bicaralah lagi kerana hati terdorong oleh nafsumu
Gunakanlah akalmu untuk menyatakan kebenaran,
Jangan gunakan akal untuk putar-belitkan kebenaran,
Bila akalmu tidak mampu untuk membuat keputusan,
Bicaralah dalam tahajudmu,
Rendahkan egomu untuk istiharahmu,
Dan mohonlah untuk sekian kalinya,
Akan dia menunjukkan segala yang kabur bagimu wahai WANITA,
Bicaramu wanita bukan hanya pada suatu keputusan,
Bicaramu wanita bukan omongan kosong,
Penuh isi yang sulit,
Bicaramu wanita sentiasa ada air mata

berkawan dengan orang tua

taman nie bahagia rasanya....dengan penduduk yang ramah dan tamah.....mereka ajar erti bahasa dan hormat
aku hormat mereka.aku sayang mereka....aku jenis yang melayan walaupun jarak umur aku dan mereka 10 tahun atau lebih.

ndak,,,mereka bukan kawan2 gegila aku selalu cuma jiran2 yang ada 4 dan 2 orang anak2 yang aku anggap macam adik aku...
jiran yang masuk rumah terus kejut aku dari tidur...
jiran yang selalu hantar makanan bila aku lapar gila
selalunya aku malu,,
tapi mereka bahan aku...

mereka anggap aku anak dan adik mereka...
oleh kerana mereka sudah berkeluarga
aku jadi rapat dengan keluarga mereka.
bolehlah sekadar berborak apa yang tahu.

tadi aku dapt mesej dari cik jun...seorang jiran yang aku kagum dan sayang
mesej berbunyi "kak mok,,cik sidah ajak makan pagi nak ikot siap 8.30 pagi"
aku sengih...sekarang kawan2 aku orang2 tua....tapi aku rasa aku taw,,,mereka ada plan lain sebab ayah bgtaw tapi cik kairul suami cik sidah nak pegi memacing kat melaka 5 pagi.
mungkin mereka nak pergi nursery....mungkin ya mungkin tidak....

aku bahagia begini biarlah...
terima kasih tuhan,,,
bagi aku persekitaran aman damai .

que sera sera

when i was just a little girl
i asked my mother what shall i be
shall i be pretty
shall i be rich

this what she said to me:
que sera sera
whatever will be will be
the future's not ours to see
que sera sera

tentu aku ada ibu....
selain ada ibu yang besarkan aku,,9 bulan 10 hari mungkin lebih harinya...
yang bermuram durja bila aku sakit mengkeriot atas katil
selain wanita bernama ibu,,,yang aku harap dapat lihat aku bahagia dan lihat cucu-cucunya

aku harus ingat aku ada iron lady aku
yang heret time aku hancur
yang tepuk bahu aku time aku rasa diri aku babi
yang bila semua yang tiggalkan aku
dia hulurkan sebatang rokok....aku lupa jenama apa
aku ambek dan dia cakap"nah ambik
terpulang pada kau mahu hisap atau simpan...."

sekarang ada lagi perempuan yang paling gah
yang takada air mata keluar walaupun masyarakat babikan dia.
dia diam...
dia senyum walaupun hati dia hancur.
dia manusia paling peyayang.

yea sama 3 mereka sama
mereka perempuan
mereka hebat
mereka power..

aku sanjung mereka?? kenapa salah
ada yang cakap aku kufur nikmat
sebab bertuhankan manusia.

aku sial
aku diam,aku menangis

que sera sera
shall i be pretty
shall i be rich..

tak aku tak kufur nikmat,,
aku?hamba ALLAH
aku ingat tue,,,aku tak buang tue..
baik aku mati dari aku buang AL-RAHMAN AL-RAHIM aku...

Monday, 27 May 2013

aku jenis yang bernama siti suraya saleh


aku jenis yang berangin kepala
jenis yang tak ambek kisah
tapi dalah hati memaki sumpah

aku jenis yang marah mencarut lepas
jenis yang benci dosanya bukan pelakunya
jenis yang lupa apa aku marah mengila 5 minit lepas

aku jenis tangan cepat naik kemuka
lidah aku lebih tajam dari pisau
jenis aku jenis tegur ikhlas tapi pedih didengar

aku jenis yang nampak kuat diluar
tapi dalam aku mudah hancur
aku jenis ketawa menyindir

aku jenis susah percaya kawan
jenis ambil berat pada kawan
walaupun hanya satu kali dia belanja aku coki-coki

aku jenis yang pendendam
jenis yang dendam nak bunuh orang
esoknya sanggup pegang perisai nak lindung orang yang nak dibunuh

aku jenis suka senyum
jenis senyum sorang-sorang
jenis suka lihat perlaku orang

aku jenis benci menunggu
bila lambat berapa minit aku sanggup berjalan kaki
namun aku cepat lupa apa aku lakukan.

aku jenis yang sayang kawan
bila gaduh kawan sama kawan
aku jadi diam..
bila mulut gatal nak mengadu hal kawan lain pada kawan lain.
aku maki dalam hati...
ITU KAWAN KAU YANG KAU MARAH HARIINI
TAPI HARITU BELANJA KAU MAKAN.
jadi aku senyap..aku mogok diam sendiri.

aku Siti Suraya Bt Md Saleh.
jadi sebelum nilai,hina,kutuk dan tegur hidup aku.
cuba jadi kawan aku...

bila kurang bersetuju bermakna tidak setuju

saya kurang bersetuju dengan komen2 kawan2 atau post mereka yang negatif tentang orang lain....hanya disebabkan berlainan cadangan mungkin...dan selainnya..

bila seseorang menyatakan perkataan negatif itu dalam keadaan emosi dan amarah itu hanya melihatkan kelemahan dirinya sendiri.
dan ramai orang terutamanya akan menilai(typical malaysian) betapa pendek akal seseorang itu..

saya rasa jika ketidakpuasaan hati tentang apa yang berlaku pergilah berjumpa dan berbincanglah....perlahankan nada,,turunkan ego....
ingat sahabat bila ego kamu diturunkan kamu tidak kalah
dan lebih manis jika kamu dapat mengawal amarah....kamulah manusia paling hebat.

jangan apabila tidak puas hati kamu melontar pandangan kamu dilaman sesawang atau sosial.

dengan meletakkan diri kamu sebenar2nya..tanpa kamu tahu bahawa ada sekian manusia yang membaca komen atau post kamu dan mengklasifikasikan kamu sebagai itu dan ini...dan akan ada mereka yang akan memperjelaskan kelemahan kamu untuk dijadikan bahan lawak dengan istilah(pengajaran) oleh mereka.

sahabat...
perkataan negatif itu eloklah disimpan didalam hati....biarlah marah sangat membungkam dalam jiwa dari kamu keluarkan perkataan yang akan menyakitkan hati mereka yang mudah terasa....
saya tahu ada dikalagan sahabat yang tidak tahan dan melepaskanya dengan melulu...
tapi ingatlah ...........
kamu begitu marah pada sipolan lalu menghinanya minggu lepas di fb,twiter,blog atau sebagainya...
kebetulan baru semalam sipolan membaca post kamu.... dan kebetulan yang kamu dah lupakan marah kamu pada sipolan kelmarin....
apa rasa sipolan?apabila melihat orang yg menghinanya boleh tersenyum danbergurau senda tanpa rasa bersalah.
sebaik2 sipolan akan diamkan diri....paling jauh dia akan luahkan pada ibu,ayah,adik,abang,akak,atok atau kawan.
dan mungkin dia akan luahkan benda yang sama dilaman sosial.
maka berterusanlah antara dendam mereka dilaman sosial dan apabila berjumpa bermuka2lah kamu dan sipolan...
dan yang melihat ini semua melabel kamu dan sipolan sebagai manusia pendek akal.

lihat sahabat...
ada manusia yang berdendam ingin membunuh pada hari ini
esoknya menjadi manusia yang paling penyayang.
begitu juga sebaliknya.

ingat sahabat...
jika ada yang menegur tentang auratmu,tentang imanmu...
terima dan diam....kalau sakit just balas
doa yang tidak diketahui paling makbul....

sahabatku sayang
saya remaja,,,yang kadangkala terasa semua orang salah dan saya betul
saya remaja.....yang rasa mereka menegur dengan menghina....
saya remaja...yang rasa manusia yang lain terlalu sibuk hal saya sedangkan anak mereka lebih teruk dari saya.
saya remaja......yang perlukan bimbingan bukan sindiran...
saya remaja....bila dihancurkan hati dan semangat ,,,,saya akan mati secara terus....

jadi sahabat.
selepas menegur,menghina,menyindir saya....tolonglah tarik saya,,gapai tangan saya...bawa saya ke jalan yang benar. jangan meningalkan saya selepas dihina,disindir dan ditegur.