klik jerk


Monday, 27 May 2013

bila kurang bersetuju bermakna tidak setuju

saya kurang bersetuju dengan komen2 kawan2 atau post mereka yang negatif tentang orang lain....hanya disebabkan berlainan cadangan mungkin...dan selainnya..

bila seseorang menyatakan perkataan negatif itu dalam keadaan emosi dan amarah itu hanya melihatkan kelemahan dirinya sendiri.
dan ramai orang terutamanya akan menilai(typical malaysian) betapa pendek akal seseorang itu..

saya rasa jika ketidakpuasaan hati tentang apa yang berlaku pergilah berjumpa dan berbincanglah....perlahankan nada,,turunkan ego....
ingat sahabat bila ego kamu diturunkan kamu tidak kalah
dan lebih manis jika kamu dapat mengawal amarah....kamulah manusia paling hebat.

jangan apabila tidak puas hati kamu melontar pandangan kamu dilaman sesawang atau sosial.

dengan meletakkan diri kamu sebenar2nya..tanpa kamu tahu bahawa ada sekian manusia yang membaca komen atau post kamu dan mengklasifikasikan kamu sebagai itu dan ini...dan akan ada mereka yang akan memperjelaskan kelemahan kamu untuk dijadikan bahan lawak dengan istilah(pengajaran) oleh mereka.

sahabat...
perkataan negatif itu eloklah disimpan didalam hati....biarlah marah sangat membungkam dalam jiwa dari kamu keluarkan perkataan yang akan menyakitkan hati mereka yang mudah terasa....
saya tahu ada dikalagan sahabat yang tidak tahan dan melepaskanya dengan melulu...
tapi ingatlah ...........
kamu begitu marah pada sipolan lalu menghinanya minggu lepas di fb,twiter,blog atau sebagainya...
kebetulan baru semalam sipolan membaca post kamu.... dan kebetulan yang kamu dah lupakan marah kamu pada sipolan kelmarin....
apa rasa sipolan?apabila melihat orang yg menghinanya boleh tersenyum danbergurau senda tanpa rasa bersalah.
sebaik2 sipolan akan diamkan diri....paling jauh dia akan luahkan pada ibu,ayah,adik,abang,akak,atok atau kawan.
dan mungkin dia akan luahkan benda yang sama dilaman sosial.
maka berterusanlah antara dendam mereka dilaman sosial dan apabila berjumpa bermuka2lah kamu dan sipolan...
dan yang melihat ini semua melabel kamu dan sipolan sebagai manusia pendek akal.

lihat sahabat...
ada manusia yang berdendam ingin membunuh pada hari ini
esoknya menjadi manusia yang paling penyayang.
begitu juga sebaliknya.

ingat sahabat...
jika ada yang menegur tentang auratmu,tentang imanmu...
terima dan diam....kalau sakit just balas
doa yang tidak diketahui paling makbul....

sahabatku sayang
saya remaja,,,yang kadangkala terasa semua orang salah dan saya betul
saya remaja.....yang rasa mereka menegur dengan menghina....
saya remaja...yang rasa manusia yang lain terlalu sibuk hal saya sedangkan anak mereka lebih teruk dari saya.
saya remaja......yang perlukan bimbingan bukan sindiran...
saya remaja....bila dihancurkan hati dan semangat ,,,,saya akan mati secara terus....

jadi sahabat.
selepas menegur,menghina,menyindir saya....tolonglah tarik saya,,gapai tangan saya...bawa saya ke jalan yang benar. jangan meningalkan saya selepas dihina,disindir dan ditegur.

No comments: