klik jerk


Tuesday, 20 March 2012

SIPNOPSIS perjalanan tak direncana

Cerpen: Perjalanan Yang Tak Direncana

 Sinopsis:
Kisah seorang pemuda yang ingin menyiapkan tesis berkaitan dengan masalah sosial. Kajian pemuda itu menemukan dia dengan Jarah (pelacur). Jarah berasal dari kampung yang terdidik dengan penuh kesopanan. Kerana kesilapan pada malam 'main pantai' menyebabkan Jarah meninggalkan kampung halamannya ikut Kak Ngah dan Abang Ngah ke Melaka. Dia terpaksa pergi kerana dia dianggap telah menconteng arang ke muka keluarganya.
     Hubungan Jarah dan keluarga Kak Ngah pada awalnya baik, tetapi akhirnya Jarah seolah dijadikan hamba kerana selalu diherdik. Ini kerana Kak Ngah telah tahu tentang cerita sebenar mengenai Jarah dan ia menggangap Jarah sudah rosak. Akhirnya Jarah mengambil keputusan untuk lari dari rumah Kak Ngah dan pada masa itu dia bertemua dengan Abang Soh dan terus Jarah dibawa ke Pulau Pinang. Rupanya Abang Soh dan Kak Nah hanya berpura-pura buat baik dengan Jarah. Jarah terus dijadikan pelacur.
    Pemuda itu berasa simpati dan atas dasar perikemanusiaan dia telah mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan kisah Jarah kepada profesornya sendiri dan dia juga sanggup mengorbankan ijazahnya demi menjaga maruah Jarah.

Tema:
Keperitan hidup seorang gadis malang yang telah dianiaya.
Jarah terpaksa menempuh kehidupan malang ekoran daripada fitnah yang dilemparkan ke atasnya.Akhirnya  dia terjebak ke lembah hina kerana mengikut Abang Soh selepas meninggalkan rumah Kak Ngah

Persoalan:
1. Maruah diri dan keluarga.
2. Menyimpan rahsia aib orang lain.
3. Pengkhianatan.

Mesej:
1. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis.
2. Jagalah maruah keluarga.
3. Janganlah menindas golongan yang lemah.
4. Jangan memandang negatif kepada orang lain.

Latar :

- Melaka
-Kuala Lumpur
-Trengganu.
-Pulau Pinang.
-Masyarakat prihatin - Mahasiswa.

Watak & perwatakan:
1. Aku (Jarah)
2. Pemuda
3. Ayah Tiri
4.Abang Ngah
5. Kak Ngah
6. Mak Cik Timah
7. Abang Soh
8. Kak Nah

Plot:
Abang Ngah & Kak Ngah  ------------.> ke Melaka--------------> Jarah ikut--------------> kerana peristiwa silam-----------> mula konflik bila ----------------> Jarah cerita tentang dirinya --------------->diherdik -------->Jarah lari--------------> tersesat--------------> jumpa dengan-----------> Abang Soh--------------> mahu tolong-----------> dibawa ke Pulau Pinang----------> jadi pelacur----------------> klimaks-----------> Jarah bertemu pemuda-------------------> mahu menemu bual sahaja-------------> Jarah terima surat ----------------> tak sanggup mendedahkan kisah Jarah.

No comments: