klik jerk


Tuesday, 20 March 2012

sastera

SAJAK
v Sajak mengungkapkan perasaan & pemikiran penyair secara imaginative dan disusun dengan menumpukan semua kekuatan bahasa, serta bentuk luaran dan bentuk dalaman.
TEMA SAJAK
v Tema ialah persoalan pokok yang hendak disampaikan oleh penyair.
CONTOH TEMA :
v Tema diri: berdasarkan pengalaman diri.
v Tema cinta: cinta akan kekasih, ibu bapa, tanah air, bangsa dan negara.
v Tema masyarakat: memaparkan simpati dan nasib masyarakatnya di samping saranan penyajak tentang langkah-langkah mengatasinya.
v Tema alam: gambaran alam seperti keindahan dan pencemaran alam.
v Tema semangat perjuangan / nasionalisme: semnagat pahlawan negara
v Tema ketuhanan & keagamaan: soal kesedihan, kematian, kesedaran dan sebagainya.
BENTUK
v Bentuk dalaman: membawa sifat yang lebih abstrak, iaitu cara persembahan perasaan dan pemikiran.
v Bentuk luaran: sifat-sifat binaan yang dapat dilihat dengan jelas termasuk susunan baris dalam rangkap, susunan atau jumlah perkataan dalam baris dan susunan rima di hujung baris dalam rangkap.
v Bagi puisi Melayu tradisional, sifat-sifat tersebut terbina dengan susunan yang tetap tetapi puisi Melayu moden sebaliknya.
v Sajak terikat: bercirikan puisi Melayu tradisional seperti pantun dan syair
v Sajak bebas: tidak lagi menepati ciri-ciri puisi Melayu tradisional daripada segi pembinaan aspek bentuk.
v Sajak separuh bebas: ada antara rangkapnya yang terikat dan ada yang bebas daripada ikatan puisi Melayu tradisional.
NADA
v Nada ialah alunan lembut, keras, rendah atau tinggi yang terhasil daripada pelbagai jenis bunyi dalam sesebuah sajak yang berhubung erat dengan perasaan, pemikiran dan sikap penyair yang diungkapkan dalam puisinya.
v Nada juga berhubung rapat dengan tema, persoalan, rima, jenis dan bentuk sesebuah puisi itu.
CONTOH-CONTOH NADA :
v Nada melankolik: nada murung yang menggambarkan suasana hati yang sedih. Tekanan suara lebih rendah dan perlahan serta sesuai untuk puisi yang bertemakan penderitaan, kehampaan dan kerinduan.
v Nada romantik: menggambarkan suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Tekanan suara agak tinggi dan diselangi oleh tekanan suara rendah dan perlahan. Sesuai untuk puisi yang bertemakan peristiwa indah dan menggembirakan.
v Nada patriotik: menggambarkan suasana hati yang penuh bersemangat. Tekanan suara lebih tinggi, pantas atau cepat. Sesuai untuk puisi yang bertemakan perjuangan, bercita-cita tinggi, besar dan mulia.
v Nada sinis: menggambarkan suasana hati yang kurang senang. Tekanan suara agak rendah dan perlahan, iaitu bersesuaian dengan puisi yang bertemakan hal yang tidak disukai atau kurang dipersetujui.(Sindiran yang Tajam)
v Nada protes: menggambarkan suasana hati yang penuh pertentangan atau pemberontakan. Tekanan suara lebih tinggi dan pantas. Sesuai untuk puisi yang bertemakan ketidakadilan dan ketajaman. (tidak setuju)
BUNYI
v Keindahannya terlaksana melalui kata atau rangkai kata yang dipilih, teratur dan berfungsi dalam keseluruhan sajak tersebut.
v Irama: alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak yang baik.
v Rima: menambah kerapian bentuk dan memperkaya kesan muzik bahasa. Pengulangan bunyi vokal dalam baris yang sama dikenali sebagai asonansi. Pengulangan bunyi konsonan dalam satu baris pula dikenali sebagai aliterasi.
IMEJ
v Merupakan kesan gambaran yang timbul daripada penggunaan kata, ungkapan dan ayat dalam sesebuah puisi yang membantu pembaca mendekati dan menyelami pengalaman penyair.
v Himpunan imej yang banyak dalam sajak dipanggil imejan.
SIMBOL
v Ialah kata-kata tertentu yang digunakan untuk menyatakan sesuatu di luar erti kata-kata itu sendiri.
GAYA BAHASA
v Bahasa digunakan untuk memindahkan perasaan dan pemikiran penyair.
v Bahasa yang ekonomis datang daripada pembentukan baris-baris yang ringkas dan penggunaan kata yang terbatas, tetapi padat mendukung makna.
v Bahasa puisi bersifat konotasi, iaitu mempunyai makna kebih daripada satu, kaya, jauh dan luas pengertiannya. Bahasa denotasi pula mempunyai makna yang khusus seperti di dalam kamus.
GAYA PERBANDINGAN
v SIMILE
- membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain. Setiap benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata seperti, bagai, laksana atau umpama.
v METAFORA
- membandingkan sesuatu benda dengan benda lain yang tidak jelas bentuk perbandingannya kerana dibuat secara langsung. Umumnya ia terdiri daripada dua perkataan, satu perkataan abstrak dan satu perkataan konkrit.
v PERSONIFIKASI
- sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Disebut juga pengorangan.
v HIPERBOLA
- gaya perbandingan yang menggantikan sesuatu kata dengan kata yang lain di mana kesan penggantiannya memperlihatkan gambaran perbandingan secara berlebih-lebihan.
GAYA PENEGASAN
v PENGULANGAN
- termasuk pengulangan kata, ungkapan, baris dan rangkap
- tiga tujuan dan kesannya:
a) menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran
b) menegaskan maksud tertentu
c) menarik perhatian pendengar
- Anafora: pengulangan sesuatu kata yang diletakkan pada awal baris.
- Epifora: pengulangan sesuatu kata yang diletakkan pada akhir baris
- Simplok: pengulangan sesuatu kata pada awal, tengah atau akhir kalimat.
- Inversi: pembalikan kata, frasa atau rangka kata
GAYA PERTENTANGAN
v PARADOKS
- pembentukan atau penyusunan kata-kata yang memberikan kesan gambarannya bertentangan dengan kenyataan.
v IRONI

- bermaksud sindiran (satu-satu yang berlainan dengan realiti atau pertentangan dengan sebenarnya) cemuhan atau ejekan.

Blog kesusasteraan Melayu Moden tumpuan khas pada STPM ini bertujuan untuk membantu para guru dan para pelajar yang mengambil mata pelajaran ini diperingkat STPM. Bahan-bahan yang dikongsikan dalam blog ini adalah merupakan hasil usaha gigih saya selama hampir tujuh tahun bergelumang dengan mata pelajaran ini sehingga saya diangkat menjawat jawatan guru pakar dalam mata pelajaran ini. Alhamdullilah bahan-bahan yang telah saya hasilkan akan dapat dimanfaatkan bersama.



  1. Tema dan persoalan
TEMA – Idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya sastera. Dalam karya prosa yang bukan cereka, tema mungkin dianggap sebagai persoalan umum dalam perbincangan, bahan karangan ataupun yang disebut tesis.
(sumber GLOSARI Istilah Sastera)
Merupakan gagasan /pemikiran utama / pandangan / sikap / kritikan / falasafah / serta perbincangan seseorang penulis. Tema boleh berupa apa sahaja, seperti peperangan, cinta, kemiskinan, kekecewaan, dan lain-lain. Tema akan dirasai oleh pembaca setelah selesai membaca sesebuah novel.
PERSOALAN - merupakan isu-isu kecil @ sampingan yang diketengahkan oleh pengarang untuk mendokong tema. Ianya hadir bersama rentetan peristiwa/ plot
UNSUR KELEVANAN - bermaksud mempunyai hubungan dan kaitan @ pertalian dengan topic yang dibincangkan oleh pengarang. Latar masa menjadi pengukur menentukan samada gagasan pemikiran pengarang relevan atau tidak dengan masa sesuatu karya itu dihasilkan. Contohnya novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur yang ditulis tahun 1980-an dianggap relevan dengan isu semasa pada tahun itu seperti
MAKNA HARAFIAH : Makna yang dikesan/ dirasai secara langsung dari karya yang dibaca. Disebut juga makna tersurat
MAKNA TERSIRAT: Makna yang terselindung/ tersembunyi disebalik tema dan persoalan. Dalam sesebuah karya memang terdapat kedua-dua makna ini. Untuk mengesan makna tersirat lebih susah daripada mengesan makna tersirat kerana pembaca terpaksa berfikir dan menduga-duga maknanya. Belum pasti apa yang diduga pembaca sama dengan pemikiran pengarang

No comments: