Cerpen: Kesementaraan
Oleh: S. Othman Kelantan
Sinopsis
Mengisahkan watak dia dan isteri dan 8 orang anaknya yang berpindah dari bandar ke bandar yang lain kerana tugas. Dia berpindah dari kota Panik ke kota Barati, Kota Samurai dan akhirnya ke kota Wangi. Dalam perpindahan itulah anak-anaknya dibesarkan dalam suka dan duka kehidupan. Kota Wangi merupakan kota intelektual oleh kerana penghuninya mempunyai ekor (berpendidikan tinggi/memiliki ijazah tinggi Ph.D.). Ramai penghuninya yang menambahkan ekornya setiap tahun untuk mendapat kedudukan yang lebih baik. Tidak cukup dengan hanya memiliki satu atau dua ijazah, mereka akan terus menyambung pendidikan di luar negara bagi mendapatkan ijazah lanjutan.

Golongan yang memiliki ijazah tinggi akan dihormati di kota Wangi dan dengan memiliki ijazah itu juga dapat menentukan pekerjaan dan pendapatan mereka. Sekolah menengah dan sekolah rendah dipenuhi oleh anak-anak penghuni kota Wangi yang dikatakan golongan intelektual (cendiakiawan). Suasana di pasar kota Wangi penuh sesak dengan gerai-gerai jualan barang dan makanan tetapi keadaannya lengang kerana penghuni kota Wangi yang kononnya dianggap intelek tidak sukan makan di gerai berkenaan. Mereka lebih suka makan di tempat-tempat yang ekslusif seperti di restoran yang berhawa dingin. Kota Wangi seharusnya dibina tempat-tempat yang ekslusif seperti kelab malam, emporium dan plaza yang sesuai dengan kedudukan penghuni kota Wangi yang dianggap intelek itu.
Secara sinis dia dan isterinya berbincang tentang dua golongan masyarakat kota Wangi iaitu golongan intelek dan akademik. Golongan akademik sering menghabiskan masa mereka di perpustakaan manakala golongan intelek pula selalu memikirkan hal-hal yang di luar topik perbincangan golongan akademik. Jamal yang pada awalnya aktif dalam politik bodek menjaya menjadi wakil rakyat sudah dianggap intelek oleh masyarakat kota Wangi. Begitu juga dengan watak Salam yang yang pada mulanya hanya pandai mengatur jadual ceramah politik akhirnya berjaya menjadi Senator hanya lulus darjah 3 juga dikatakan golongan intelektual. Begitu juga Mahasan yang hanya kerani penghulu berjaya menjadi Setiausaha Menteri juga dianggap intelek.
Rumah-rumah di kota Wangi dibubuh jeriji dan mesti sentiasa berkunci rapat bagi mengelakkan rumah mereka dimasuki pencuri. Sekali imbas, sesiapa yang melihatnya seolah-olah penghuni di kota Wangi tinggal dalam penjara. Penghuni di sini bukanlah miskin, tetapi keadaan itu menjadikan kehidupan masyarakatnya bersifat individualistik. Malahan semakin tinggi pendidikan penghuninya semakin khidupan mereka terpisah dengan masyarakat luar kerana masyarakat intelek itu merupakan dunia teori dan penghuninya suka melakukan sesuatu yang dianggap luar biasa. Oleh sebab itu mereka lebih suka membina rumah ditempat yang tinggi seperti di atas bukit di kota Wangi.
Dalam masa yang sama pengarang juga menyindir golongan teknokrat atau birokrat yang terjelma daripada budaya kemajuan teknologi moden kini. Golongan usahawan menjadi cepat kaya dengan meminjam wang dari bank yang jumlahnya berjuta-juta ringgit. Manakala golongan politikus pula cepat melonjak naik dengan kepandaian mereka bercakap di depan rakyat semasa pilihan raya dan selalu mengangguk kepala bila di depan ketua mereka. Kebanyakan golongan ini terdiri daripada golongan intelektual.
Kehidupan "dia" menjadi terasing di kota yang dianggap penghuninya intelektual tetapi sebenarnya mereka bukanlah intelektual yang sejati. Contohnya dalam majlis kenduri, selepas tahlil dibuka jualan alat solek yang mana sedikit sebanyak tetamu yang hadir terpaksa memesan barang itu. Terdapat juga seorang ustaz yang begitu bersemangat semasa membaca khutbah memperkatakan tentang semangat kejiranan, bertakwa, semangat bergotong-royong tetapi dalam perlakuan sehariannya uztaz tersebut tidak pernah mengambil tahupun hal jirannya. Mereka yang mendapat pendidikan barat inilah yang suka menganggap diri mereka lebih Islam daripada orang lain.
Kota Wangi sebenarnya memberikan ketenangan kepada dia (Pengarang) walaupun manusia jin berekor (intelek yang jahat) ramai di kota itu. Dia yakni pengarang sanggup menghadapinya dan memanglah dia berpindah ke kota itu adalah dengan tujuan mengembalikan manusia, jin dan makhluk berekor kepada kedudukan mereka yang sebenarnya. Isteri pengarang sudah tidak mahu lagi hidup berpindah randah (seperti manusia normad) dan beliau ingin terus menetap di kota itu walaupun mungkin suaminya juga akan menjadi jin.
TEMA

Kemelut hidup masyarakat bandar
Pelbagai masalh dialami oleh masyarakat bandar walaupun mereka kaya dan berpendidikan tinggi
No comments:
Post a Comment