klik jerk


Tuesday, 20 March 2012

sinopsis garis panorama



Cerpen: Garis Panorama
Oleh: Jais Sahok


Sinopsis
Mengisahkan Dak Joh, lelaki tua umur 70-an, duda dan ayah kepada tiga anak yang kesemuanya telah berumah tangga. Dak Joh mempunyai kebolehan sebagai bomoh dan setiap kali dia mengubati pesakit, pesakit itu berjaya disembuhkan. Dengan itu Dak Joh telah diberi kepercayaan penuh oleh penduduk kampung dalam perbomohan, khususnya dalam menagangi masaalah makhluk halus. 
     Setelah diberitahu oleh Ongkat tentang projek pembinaan rumah kedai di atas tanah yang telah didirikan perdangauan perkuburan di kampung Sebiris itu, Dak Joh merasakan dirinya tidak dihormati lagi. Dak Joh menjadi resah tidak menentu kerana perkara tersebut. Kekesalannya semakkin memuncak kerana seolah-olah Ongkat mencabar kewibawaanya sebagai orang tua yang dihormati di kampung itu. Penduduk kampung Sebiris selama ini begitu setia menghormati kewibawaan Dak Joh yang banyak berjasa kepada seluruh penduduk.
      Dak Joh bukanlah penduduk jati Sebiris, tetapi bagi dia kg. Sebiris sudah sebati dengan kehidupannya dan penduduk kg itu sudah menggangap Dak Joh sebagai bapa kepada mereka hinggakan penduduk memanggilnya Udak atau Nek. Kemesraan antara Dak Joh dan penduduk kampung tidak dapat dinafikan lagi ditambah pula khidmat Dak Joh amat diperlukan oleh seluruh penduduk kampung Sebiris. Sudah dua puluh tahun Dak Joh mencurahkan baktinya kepada penduduk kampung Sebiris.
      Dak Joh tidak mahu berpindah lagi dan mahu menghabiskan sisa hidupnya di kampung itu dan dia berharap jasadnya juga akan disemadikan di perdangauan perkuburan di kampung Sebiris. Dengan itu Dak Joh bertekad menentang habis-habisan jika ada sesiapa yang cuba yang menyokong hasrat Yang Berhormat untuk mendirikan rumah kedai sederet di atas tanah perkuburan itu. Dak Joh merasakan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menyelamatkan perdangauan perkuburan sebagai mimpi yang disuruh oleh nenek tua kepadanya. Kemarahan Dak Joh kepada Yamg Berhormat sudah tidak dapat dibendung lagi terutamanya semasa mesyuarat yang dihadiri oleh dia di rumah Ketua Kampung Sebiris. Dalam mesyuarat itu, Yang Berhormat Hamdan seolah mencabar kewibawaannya yang akhirnya Dak Joh bertindak kasar kepada YB. Dak Joh membatalkan hasratnya untuk bertindak lebih jauh lagi apabila YB Hamdan mengacukan pistol kepadanya.
       Tindakan YB Hamdan telah berjaya mematikan hasrat Dak Joh. Dalam pada itu fobia Dak Joh kembali kepada ingatannya kepada kematian isterinya yang mati ditembak oleh rakan sekampung semasa pergi berburu. Peristiwa itu menjelma dalam ingatanya, dan kerana senjata itulah isteri kesayangannya Sinang meninggal dunia.

TEMA>Perjuangan mempertahankan hak
           >Dak-Joh berani mempertahankan tanah perkuburan di Kampung Sebiris daripada dijadikan tapak deretan kedai

No comments: